SURAT AL-WAQI’AH



A. Hadist Tentang Surah Al-Waqi’ah

  1. “Surah al-Waqiah adalah surah kekayaan. Hendaklah kamu membacanya dan ajarkanlah ia kepada anak-anak kamu.” (Riwayat Ibn Mardawaih daripada Anas: Kasyf al-Khafa’).
  2. “Siapa yang membaca surah al-Waqiah pada setiap malam ia tidak akan ditimpa kefakiran.” (Riwayat daripada Ibn Mas‘ud: al-Azkar, al-Jami al-Soghir).
  3. “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

B. Fadhilah membaca Surah Al-Waqi’ah

  1. Siapa membaca surah Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk mencari nafkah. Maka Allah Ta’ala mudahkan rezeki dan hajatnya. (Imam Ja’far ra dalam kitab Khazinatul Asrar Kubra hal. 360)
  2. Siapa membaca surah Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan sore, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap fitnah orang lain karena fitnah akan kembali kepada mereka yang memfitnah. (Imam Ja’far ra dalam kitab Khazinatul Asrar Kubra hal. 360)
  3. Siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. (Khawashul Qur’an)
  4. Siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. (Khawashul Qur’an)
  5. Siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah 40 kali setiap hari selama 40 hari maka Allah datangnya rezeki dengan tidak terduga-duga. (Khawashul Qur’an)
  6. Siapa mewiridkan surah Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. (Hadist).

Tinggalkan komentar